Friday, December 4, 2009
sebelum berakhirnya bulan zulhijjah...saya ingin mengucapkan SALAM AIDULADHA untuk sahabat semua...tadi waktu mkn tgh hari td ada bersembang2 dgn m.cik dan my cousins yang semuanya pompuan sbb yang laki(si bapa) pergi solat jumaat...ada la berbual pasal hal2 yang berkaitan wanita ni... tetiba si fatihah(cousin 1) ada ckap pertengahan bln islam ni ketam isi banyak naik pada waktu2 pertengahn bln islam...saya diam ja...terfikir samada btul atau tak...logik ataupun tak .klw btul ...mcm mana ini bley berlaku??mmm semua atas kudrah dan iradah ALLAH Ta'ala.DIA berkuasa dan berkehendak atas setiap kejadian di muka bumi ini...SUBHANALLAH!!!
Sempena hari jumaat yang penuh barakah saya ada membaca buku yang bertajuk DOA & ADAB SUNNAH RASULLALLAH....jadi hati ni ingin sekali berkongsi dengan sahabat satu cerita yang saya baca...berdasarkan hadith nabi sollallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud "sampaikan tentangku walaupun satu ayat"..... "kanan tetap kanan" tajuk yang saya rasakan sesuai dikongsi untuk semua....
diriwayatkan oleh Muslim daripada Anas r.a. katanya."Rasulallah solallahu 'laihi wasallam telah masuk ke dalam tempat kediaman kami maka kami pun memerah untuknya susu kambing dan mencedukkan dengan air telaga yang terdapat di dalam tempat kediaman kami. maka Rasulallah pun minum. maka Umar telah berkata kepada baginda solallahu 'alaihi wasallam (Abu bakar ketika itu berada di sebelah kirinya), Ya Rasulallah berikannya(susu)kepada Abu bakar. Maka Rasulallah telah memberikan kepada orang Arab(Badwi)disebelah kanannya dan bersabda:'kanan tetap kanan'.".
telah berkata Imam An-Nawawi di dalam syarah sohih muslim, mendahulukan orang yang kanan sewaktu menghidangkan dan membahagikan adalah sunnah samada orang yang didahulukan itu adalah seorang kanak-kanak ataupun arab badwi.Adapun mendahulukan orang-orang yang mulia dan orang-orang yang tua adalah serupa di dalam perkara yang lain.oleh sebb itu mendahulukan orang yang lebih alim dan lebih baik bacaannya daripada orang yang tua untuk mengimami sembahyang adalah wajar.
kesimpulan disini dalam hal menghidangkan makanan dan minuman walaupun siapa orang disebelah kiri kita samada berpangkat tinggi,kaya.berilmu atau alim, kita tetap harus mendahulukan yang kanan walaupun disebelah kanan kita adalah kanak2..
tetapi dalam hal solat kita harus mendahului orang2 yang alim dan berilmu serta fasih bacaannya walaupun dia muda bagi mengimami solat..
walallahu'alam...
Thursday, November 12, 2009
insaf...
kaifahalaik sahabat2 sekelian???
selamat bertemu kembali...
almaklum la blog ni dibuat waktu praktikal...tiap2 hari dalam pejabat berdepan dengan komputer...bila xda keja saja cari keja...jadi alhamdulillah terhasil la blog yang seberapa ni..bulan oktober hari tu tamat praktikal...jadi blog ni terbengkalai sekejap..
Insaf???knp tajuk kali ni insaf??? hari tu tanggal 4 november adalah hari keempat saya bekerja. mlm tu terasa lapar..walaupun tempat keja memang sediakan makanan tapi biasa la hati terasa lapar makanan lain...mlm tu kami keluar beli makanan...mlm tu sy beli kuitiau tomyam patani....sahabat saya aini beli mee bandung...nak di jadikan crita kuitiau tomyam yang saya beli tak rasa mcm tomyam pun...mungkin lidah dah biasa dgn masakan mak yang sedap-sedap dekat rumah...jadi mlm tu memang ada la adegan rungut merungut tentang makanan yang saya beli tu...xsedap la..kurang mcm2 yang sebenarnya saya xtau pun apa yang kurang...mungkin perencah kot...bila suasana sunyi sedikit, aini yang saya lebih senang biasakan diri kak teh tetiba mencelah...katanya dengan wajah bersahaja.."camna tetiba Allah tarik nikmat yg DIA bagi dkt kita''...terdiam sejenak...."rasa nyesal dlm diri sbb merungut....rasa insaf sgt....terasa ujian yang DIA beri tanpa kita sedari xdapat nak di tangani...walaupun pada diri kita terasa ianya kecil tapi pada pandangan DIA sebenarnya tinggi jika kita bersabar....Ya ALLAh ampuni la hambaMU.. tapi sempat lagi saya bergurau dgn k.teh..klw da mknan yang xbrapa sedap dan saya xhbis k.teh tlg hbiskan..:)
Bersyukur pada ALLAH diberinya kita kesempatan untuk sentiasa bertaubat
Thanks for K.teh sentiasa mengingatkan dikala diri ni dlm kelalaian...wassalam
Monday, August 31, 2009
Penerbangan 1430H
... Selamat menaiki penerbangan Ramadhan Air,bernombor 1430H..kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar..para penumpang diWAJIBkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi solat..penerbangan ini bebas asap perselisihan..kapal terbang dijangka berlepas sebelum subuh dan akan tiba di destinasi ketika maghrib…KAMI selaku anak-anak kapal yang bertugas mengucapkan selamat menempuh madrasah tarbiyah ramadhan,mohon kemaafan atas segala kekhilafan selama ini...
RENUNGAN BERSAMA....
Bila hati diserah kepada Allah, Tiada resah tiada gelisah, Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah, Hilang rasa gundah hidup rasa indah... Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa, Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba... Pergilah duka, Hapuslah kecewa.. Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba, Di dunia ini dan di akhirat sana, Dengan syarat Iman dan Taqwa, Kukuh disemai dan tersemat di jiwa, Amal soleh bukti setia, Seorang hamba kepada Rabbnya..
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani=)
Thursday, August 27, 2009
NILAI KASIH IBU
Kos upah membantu ibu:
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu
di belakang kertas yang sama.
Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Sianak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada muka surat yangditulisnya.Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu,kemudian saudara-saudara terdekatmu."
Monday, August 17, 2009
KECEWA
MUTIARA HIKMAH
"Hati itu adalah tempat rahsia dan bibir itu kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya. Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak kunci rahsianya".
2. Kebaikan Ilmu
"Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut".
3. Bandingan Akal Dan Harta
"Akal itu menteri yang menasihat dan harta itu seorang tamu yang akan berangkat"
4. Bandingan Perkataan
"Perkataan itu seperti ubat; jika engkau gunakan sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi jika digunakan terlalu banyak akan membahayakan"
5. Siarkan Kebaikan Orang
"Apabila engkau berbuat kebaikan sembunyikan, dan apabila orang membuat kebaikan kepadamu hendaklah engkau sebarkan"
6. Dunia
"Dunia itu awalnya payah, akhirnya binasa, halalnya dihisab dan haramnya diazab"
7. Bala Terhebat
"Manusia yang mendapat sehebat-hebat bala dan paling banyak kesusahan ialah orang yang mempunyai lidah yang terlepas dan hati yang tertutup iaitu dia tidak dapat diam dan tidak pandai memperelaokkan kata-katanya"
8. Bergaullah Dengan Baik
"Bergaullah sesama manusia dengan satu pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka akan menangisimu"
9. Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa
"Tidak akan engkau dapati orang yang pemarah itu senang, tidak yang berakal itu tamak, tidak yang pemurah itu dengk dan tidak yang berputus asa itu kaya"
10. Sabar
"Kesabarn itu ada dua iaitu sabar menahan sesuatu yang engkau benci dan sabar melepaskan sesuatu yang engkau suka. Dan yang kedua itu lebih berat atas nafsu"
sebab utama lelaki ke neraka
1. AyahnyaApabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidakmenutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik keneraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah halkeadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kaumengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,maka bersedialah utk menjadi bahan bakar nerakajahannam.)
2. SuaminyaApabila sang suami tidak mempedulikan tindak tandukisterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskandiri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupunseorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka diaakan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah ha lkeadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganyamengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat ygkau akansehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)
3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjagamaruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudaralelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkankeluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dariajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhiratkelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgnhanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhiratkelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgnmaksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinyaApabila seorang anak tidak menasihati seorang ibuperihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibumembuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengatadan sebagainya...maka anak itu akan disoal dandipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikantarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibujuga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jikatidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)........................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukansahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begituhebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.Firman Allah S.W.T;"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimudari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,jin dan batu-batu...."